? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Showing posts with label [MoHaBBaT]. Show all posts
Showing posts with label [MoHaBBaT]. Show all posts

Sunday, February 15, 2009

5 SEBAB M'JADIKAN B'COUPLE 'HARAM'

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :


PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.


KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.

Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan: sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.


KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut.

Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.


KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-uphandset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop uphandset mereka beberapa kali dalam seminggu.

Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian.Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)


KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkandiri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Tuesday, November 11, 2008

Empat Cara Jatuh Cinta




Sama ada ia tarikan serta merta atau reaksi "tertunda," selami cara untuk kekalkan perasaan gila bayang antara satu sama lain, tak kira bagaimana kamu mula menjadinkan hubungan..Sedang ingin bercinta? Kami mendapatkan pandangan pakar "hati' mengenai empat senario "benar-benar jatuh cinta" dan bagaimana untuk meningkatkan peluang bagi kesudahan yang membahagiakan.


LOVE @ FIRST SIGHT
Ia berlaku pada saat pertama kamu bertemu: Jantung mula berdegup kencang dan tangan mula menggeletar. Dalam kata lain, ia adalah tarikan dan minat yang hadir serta merta. Bagaimana tarikan ini berlaku tiada siapa tahu. Apa yang boleh dikatakan, ianya suatu tarikan fizikal yang kuat, kamu berada pada tempat dan masa yang betul, serta minda di bawah paras sedar kamu mengumpul petunjuk yang kamu sendiri tidak sedari.

LAMBAT TERTARIK
Tiada "letupan bunga api"? Walaupun dia bukan pasangan dari syurga, kamu berasa gembira dengannya dan tidak keberatan keluar bersamanya. Kemudian, kamu mula melihat kualiti menarik yang dimilikinya dan tanpa disedari, kamu dilamun cinta. Jadi bagaimana personaliti biasa seperti Clark-Kent berubah menjadi superman? Yang pasti dia tidak memenuhi kreteria tarikan fizikal ketika awal pertemuan, tetapi ada sesuatu pada personalitinya dan menarik perhatian dan ia mula mambajai hubungan emosi dan fizikal.

KAWAN JADI BUAH HATI
Keinginan secara tiba-tiba untuk bersama dengan rakan platonik mungkin berisiko, dan menimbulkan rasa janggal. Tetapi Nadia, 29, mendapati perubahan itu boleh berlaku dengan lancar. "Dia dengan saya sangat rapat dan selesa berkawan sebelum kami mula menjalinkan hubungan, dan peralihan itu tidak begitu menimbulkan tekanan," jelasnya.

POTENSI PASANGAN
Jatuh cinta dengan kawan sendiri memberimu peluang lebih cerah untuk menjalinkan hubungan cinta jangka panjang bebanding apa yang kamu sangkakan, kerana "persahabatan adalah asas untuk hubungan yang menggembirakan," kata penyelidik, John Gottman, Ph.D., pengarah The Seven Principles for Making Marriage Work. Dan satu lagi sebab kenapa menjadi kawan terlebih dahulu lebih baik untuk masa depan: "Kamu sudah tahu dan sudah faham perangai masing-masing," jelasnya.Satu peringatan: Kamu merasa selesa dari peringkat awal, hinggakan tidak dapat merasakan "asyik" cinta baru. Akhirnya, fikiran jadi celaru. "Mengekalkan perasaan cinta yang membara adalah cabarannya," kata Godek. Kamu mesti mempunyai matlamat untuk sentiasa menghangatkan cinta kamu. Apa kata cuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Ajak si dia sertai Amazing Race atau berduet dalam pertandingan karaoke. Kenangan manis "kali pertama" pasti menyemarakkan rasa cinta.

BENCI TAPI SAYANG
Rasa nak menumbuk mukanya selepas kali pertama berbual dengannya? Awas ya! Perasaan "tidak suka" itu mungkin hanya "topeng" yang menutup tarikan emosi yang sangat kuat terhadapnya.

POTENSI PASANGAN
Dalam percintaan sebegini, pasti kamu "jarang" rasa bosan. "Keasyikan ketika detik awal jatuh cinta berjaya dikekalkan kerana pasangan terus mengingati apa yang menimbulkan bibit cinta daripada awal... Konflik!" kata Pines. Kamu sentiasa mempunyai "pengecas bateri" yang membantu mengekalkan kehangantan itu untuk satu tempohyang lebih lama."Saya tidak menyukai Azlan pertama kali kami bertemu, danwalaupun kami saling menyintai sekarang, sekali sekala kami masih melakukan sesuatu yangmenimbulkankemarahan!" kataSarah, 30. Namun ada bezanya antara "bergaduh" dengan mengusik nakal ya.Jika ia berubah menjadi satu "peperangan" ada kemungkinan cinta kalian tidak berkekalan. Justeru bercinta elok-elok ya!