Puasa memberi pengertian: " Menahan diri dari sesuatu ". Di dalam Al-Quran terdapat perkataan itu pada ayat yang menceritakan hikayat Maryam:
Ertinya: " Sesungguhnya aku bernazar bagi Tuhan yang bersifat pengasih akan mengerjakan puasa; yakni menahan diri dan diam daripada berkata-kata."
Pengertian puasa mengikut istilah hukum Syara' pula adalah: " Menahan diri daripada perkara-perkar yang tertentu oleh orang-orang yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat. "
Maksud perkara-perkara tertentu adalah: makan, minum dan melakukan hubungan jenis(jimak) serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Orang-orang yang tertentu adalah: orang-orang yang menganut Agama Islam, telah cukup umur dan berakal.
Sementara pada waktu-waktu tertentu itu pula bererti sepanjang hari - iaitu mulai terbit fajar Sadik hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).
** Catatan: Fajar Sadik iaitu cahaya putih yang bersinar di ufuk atau di kaki langit di sebelah timur - pada kali yang kedua.