Sama ada ia tarikan serta merta atau reaksi "tertunda," selami cara untuk kekalkan perasaan gila bayang antara satu sama lain, tak kira bagaimana kamu mula menjadinkan hubungan..Sedang ingin bercinta? Kami mendapatkan pandangan pakar "hati' mengenai empat senario "benar-benar jatuh cinta" dan bagaimana untuk meningkatkan peluang bagi kesudahan yang membahagiakan.
LOVE @ FIRST SIGHT
Ia berlaku pada saat pertama kamu bertemu: Jantung mula berdegup kencang dan tangan mula menggeletar. Dalam kata lain, ia adalah tarikan dan minat yang hadir serta merta. Bagaimana tarikan ini berlaku tiada siapa tahu. Apa yang boleh dikatakan, ianya suatu tarikan fizikal yang kuat, kamu berada pada tempat dan masa yang betul, serta minda di bawah paras sedar kamu mengumpul petunjuk yang kamu sendiri tidak sedari.
LAMBAT TERTARIK
Tiada "letupan bunga api"? Walaupun dia bukan pasangan dari syurga, kamu berasa gembira dengannya dan tidak keberatan keluar bersamanya. Kemudian, kamu mula melihat kualiti menarik yang dimilikinya dan tanpa disedari, kamu dilamun cinta. Jadi bagaimana personaliti biasa seperti Clark-Kent berubah menjadi superman? Yang pasti dia tidak memenuhi kreteria tarikan fizikal ketika awal pertemuan, tetapi ada sesuatu pada personalitinya dan menarik perhatian dan ia mula mambajai hubungan emosi dan fizikal.
KAWAN JADI BUAH HATI
Keinginan secara tiba-tiba untuk bersama dengan rakan platonik mungkin berisiko, dan menimbulkan rasa janggal. Tetapi Nadia, 29, mendapati perubahan itu boleh berlaku dengan lancar. "Dia dengan saya sangat rapat dan selesa berkawan sebelum kami mula menjalinkan hubungan, dan peralihan itu tidak begitu menimbulkan tekanan," jelasnya.
POTENSI PASANGAN
Jatuh cinta dengan kawan sendiri memberimu peluang lebih cerah untuk menjalinkan hubungan cinta jangka panjang bebanding apa yang kamu sangkakan, kerana "persahabatan adalah asas untuk hubungan yang menggembirakan," kata penyelidik, John Gottman, Ph.D., pengarah The Seven Principles for Making Marriage Work. Dan satu lagi sebab kenapa menjadi kawan terlebih dahulu lebih baik untuk masa depan: "Kamu sudah tahu dan sudah faham perangai masing-masing," jelasnya.Satu peringatan: Kamu merasa selesa dari peringkat awal, hinggakan tidak dapat merasakan "asyik" cinta baru. Akhirnya, fikiran jadi celaru. "Mengekalkan perasaan cinta yang membara adalah cabarannya," kata Godek. Kamu mesti mempunyai matlamat untuk sentiasa menghangatkan cinta kamu. Apa kata cuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Ajak si dia sertai Amazing Race atau berduet dalam pertandingan karaoke. Kenangan manis "kali pertama" pasti menyemarakkan rasa cinta.
BENCI TAPI SAYANG
Rasa nak menumbuk mukanya selepas kali pertama berbual dengannya? Awas ya! Perasaan "tidak suka" itu mungkin hanya "topeng" yang menutup tarikan emosi yang sangat kuat terhadapnya.
POTENSI PASANGAN
Dalam percintaan sebegini, pasti kamu "jarang" rasa bosan. "Keasyikan ketika detik awal jatuh cinta berjaya dikekalkan kerana pasangan terus mengingati apa yang menimbulkan bibit cinta daripada awal... Konflik!" kata Pines. Kamu sentiasa mempunyai "pengecas bateri" yang membantu mengekalkan kehangantan itu untuk satu tempohyang lebih lama."Saya tidak menyukai Azlan pertama kali kami bertemu, danwalaupun kami saling menyintai sekarang, sekali sekala kami masih melakukan sesuatu yangmenimbulkankemarahan!" kataSarah, 30. Namun ada bezanya antara "bergaduh" dengan mengusik nakal ya.Jika ia berubah menjadi satu "peperangan" ada kemungkinan cinta kalian tidak berkekalan. Justeru bercinta elok-elok ya!
0 comments:
Post a Comment