? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, February 10, 2010

GILE KAROK..

Ain x smpat nk update blog.. ni pon g cc sbb brodband kne potong..haha.. bkan tkar WIMAX..tp kne ptong sbb x byar lg.. bil kat umah plak 2.. xpela rye cine da dkat.. nk blik kg.. nnt byar kat kg je la..

Sape yg gile karok??? ZAIHA...housemate Ain..die ske gle kat lagu RELA..xdpat dikesan sape pnynyinye.. org lame...ni teringat kat Zaiha coz cc ni kat sblah tmpt Karok... k.. xleh lame2.. nnt x ciap plak assgmnt Abu Dhabi ni...

Saturday, January 9, 2010

PINTU RINDU

by Dato' Ct Nurhaliza

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..

Friday, October 23, 2009

LAHIRNYA SEORANG SRIKANDI HIDUPKU

Srikandi tak semestinya seorang perempuan atau wanita yg pandai bersilat,atau famous.Bukan Tun Teja, bkan Tun Fatimah ttpi srikandi hidupku adalah ibuku..Aku lahir keranamu..Aku membesar krana kasih sayangmu..Aku xkan dpat seorang ibu semuliamu..Takkan aku brtahan shingga kini jika tidak krana doa mustajab darimu..

Hari ini, 23 October 2009 (tarikh lahir ibu - 23 October 1948(19 Zulhijjah 1367) genaplah usia ibu yg ke 61 thun.. Di waktu2ku, aku sentiasa mendoakan ksihatan & smoga Allah memanjangkan usia ibu.. Mungkin aku patut bersedia segala-galanya.. Aku x sanggup kehilangan ibu.. Tuhan, Kasihanilah aku.. Aku sangat menyayangi ibu.. Sentiasa, dari dunia sampai akhirat..

Tuhan, berilah aku waktu sehingga aku dpat berdiri di atas kakiku sendiri.. Membahagiakan ibuku walau dgn apa cara sekalipun..Tabahkan hati ibuku dgn segala dugaan hidupnya..Aku.. Tiada hadiah utk ibu.. Tp, lusa aku akn convo. Aku akan hadiahkan memorynya untuk tatapan ibu..Menangislah ibu, krana aku x sanggup mlihat ibu menangis krana kenakalanku.. Aku brjanji takkan melukai hati ibu.. Walaupun ibu x dpat hadir ke majlis konvokesyen tu nnt, tp aku tau hati ibu meronta-ronta utk melihatku.. Tp aku xnak susahkan ibu.. Nnt ibu pnat, skit kaki.. Aku x sanggup mlihat ibu sakit,tp aku tiada d'sisinya.. Jasa, pengorbanan, & kasih sayang yg sangat mahal utkku terjemahkan dgn wang ringgit atau dgn apa jua sekalipun..Aku ucapkan jutaan terima kasih dri dunia sampai akhirat..

AKU RINDU SRIKANDI HIDUPKU..TERIMA KASIH TUHAN,,TERIMA KASIH IBU,,SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENYAYANGI KALIAN..

Thursday, September 10, 2009

NAK CUBE X??


RAYA NK DEKAT NI... TAPI MAKAN TETAP MAKAN...




Ayam Percik


Bahan:

2 kg ayam [potong 4 keping]

3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]

1/2 cawan air asam jawa

1 s/t gula

1 s/b halba

garam secukup rasa


Bahan mesin halus:

20 tangkai cili kering

4 biji bawang putih

3 cm halia

5 batang serai


Cara :

1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.

2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.

3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]

4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.


Wednesday, September 9, 2009

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR


Keutamaannya sangat besar, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang2 yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke darjat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak2 panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qadar/Nuzul Qur’an), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat2 Qur’aniyah dan hadits2 Nabawiyyah yang sahih yang menjelaskan tentang malam tersebut:

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman, (
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [Al Qadar: 1 - 5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul2, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Ad Dukhoon: 3 - 6]

2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan.
Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi S.A.W menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”.

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169) Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah bersabda , “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.”

Ini menafsirkan sabdanya , “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga tidak bila lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25.

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahawa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah.
Kesimpulannya, jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh kerana itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759) Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah , apa pendapatmu jika aku tahu bila malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”

Saudaraku, semoga Allah memberkatimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya – engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan solat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita iaitu isteri kerana ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam2 lainnya.” (HR Muslim 1174).

4. Tanda-tandanya
Ketahuilah hamba yang taat mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan roh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya, sesungguhnya Rasulullah menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya. Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah bersabda, “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah, beliau bersabda, “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq ertinya setengah, jafnah ertinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahawa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, kerana bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.” Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.”

Thursday, August 27, 2009

APE YG PENTING...



RENUNG- RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL..



MAWAR MERAH TANDA INSPIRASI BULAN PUASA..

SALAM RAMADHAN..

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak... Semoga kedatangan ramadhan kali ni dpat membawa pengertian yg berbeza n kemenangan kepada hidup n perjuangan kita ...Dari sahur sampai berbuke, aku slalu bz ngan kje yg tertangguh2.. haha kapookkk... mlas pnye org... aku rindu sangat kat sahabat2 handai yg tersayang... lg rindu mse wat presentation.. wa....sdehnyer... tp aku tabahkan ati gak la tok wat presentation ni..

Alhamdulillah aku dpt wat presentation ngan kwan2 bru.. tp xde la bru sgat... haha...et, ika, mira, una, ina n dll..aku sayang korang sume.. slamat berpose.. klu ad mse kte buke pose same2.. hope korang pon sntiase gumbira d'samping khidupan baru... x sangka umo da lanjut.. da 21 taun pon.. ape nk wat raya nnt ek..final exam pon da dkat.. raye3 nnt xsdar plak naik cti.. ape2 pon, hope kalian sume dpat beramal ibadah ngan tekun n istiqamah.. hahaha.. gile pnye ain..

Friday, August 21, 2009

PENGERTIAN IBADAH PUASA


Puasa memberi pengertian: " Menahan diri dari sesuatu ". Di dalam Al-Quran terdapat perkataan itu pada ayat yang menceritakan hikayat Maryam:

Ertinya: " Sesungguhnya aku bernazar bagi Tuhan yang bersifat pengasih akan mengerjakan puasa; yakni menahan diri dan diam daripada berkata-kata."


Pengertian puasa mengikut istilah hukum Syara' pula adalah: " Menahan diri daripada perkara-perkar yang tertentu oleh orang-orang yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat. "


Maksud perkara-perkara tertentu adalah: makan, minum dan melakukan hubungan jenis(jimak) serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Orang-orang yang tertentu adalah: orang-orang yang menganut Agama Islam, telah cukup umur dan berakal.

Sementara pada waktu-waktu tertentu itu pula bererti sepanjang hari - iaitu mulai terbit fajar Sadik hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).

** Catatan: Fajar Sadik iaitu cahaya putih yang bersinar di ufuk atau di kaki langit di sebelah timur - pada kali yang kedua.